GeniusIsMe Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pendidikan yang memberi fokus kepada pembangunan kemahiran asas dan penguasaan matematik melalui pendekatan pembelajaran yang inovatif dan berkesan. Syarikat ini ditubuhkan dengan aspirasi untuk menjadi pusat kecemerlangan matematik terkemuka di rantau Nusantara.
Tn. Hj. Addie Humaizie bin Dr. Hj. Abu Hassan (Sir Edy) ialah Pendidik Matematik Kreatif berstatus OKU dengan pengalaman 17+ tahun di Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura. Beliau pernah dijemput mengajar di Istana Brunei, serta telah menghasilkan 20+ buku termasuk bestseller Pentagon Sifir (50,000+ naskhah) dan memenangi anugerah Best in Math Education & Training, IIDEX 2023/2025 dan EDUINNOVATE 2025.
Menjadi peneraju pendidikan matematik di Nusantara yang menekankan penguasaan sifir dan asas matematik secara menyeluruh.
Membudayakan minat matematik dalam kalangan kanak-kanak dengan penekanan kepada pembinaan keyakinan diri dan kreativiti.